Tuesday 5 January 2016

Sambung belajar atau kerja?

Tujuan i tulis kali ni dengan harapan dapat bantu orang yang masih lagi berfikir atau dalam dilema. Nak sambung belajar ke atau terus kerja.. Sama jugak macam kite yang dulu. Still blog walking untuk tau macamana hidup lepas sambung belajar dan kerja.

I cuma nak share. Dulu lepas spm i sambung matrik setahun dan terus grad dapat degree. Alhamdulillah perjalanan tu dipermudahkan tuhan. Dari segi bantuan keewangan pulak, masa degree tu dapat tajaan jpa. So takde concern nak langsaikan pinjaman ptptn. 

Lepas almost nak grad tu, ada apply nak sambung master terus. Siap pegi interview dekat UM, dan apply USM untuk course Msc. Family jenis tak kesah nak sambung belajar. Tapi kite cam segan nak tanya boleh tak nak pinjam duit untuk sambung master dekat parents. Hurmm..

Walaupun i rasa parents akan bagi pinjam kalau mintak, tapi i choose not to. Cukup lah sampai degree. Yg lain kena berdikari sendiri. Lepas grad i kerja jadi RA kat usm. Konon ada niat nak sambung master by research. Tapi rasanya lambat sangat nak habis master kalau buat research. Masatu, kawan2 semua dah register untuk kos master full time coursework.

Untuk buat master, memang kena pakai duit bukan je untuk bayar yuran. Tapi untuk makan dan sara diri sendiri. Beli buku, fotostat, makan, minum. Semua kena fikir. I ni jenis duit kena sentiasa ada cash dalam tangan. Walaupun tak beli pape, mesti ada cash. Kalau tak, pening kepala takleh buat ape. 

I rase master memang bukan untuk i kalau takde duit dlm tangan. So, i decide untuk simpan duit dan kerja dulu. Family i memang suka lah i tak jadi sambung master. Sebab katenye pengalaman kerja lagi penting. Cukup lah degree tu. Actually memang betul ape yg diorang nasihat. Degree je dah cukup nak apply kerja. Kalau bidang profesional lain macam accounting, kalau ada cert lebih membantu dapat kerja yg gaji bagus. 

In the meantime i ada jugak apply untuk dapatkan scholarship. Pegi interview 2x. Dah dapat tapi scholarship tu cuma cover yuran belajar je. Sara hidup kena tanggung sendiri. Dan kalau fail kena bayar balik yuran dalam kiraan berganda. Hmm..

Berbalik pada kawan2 yg sambung master, kebanyakannya dapat bantuan mybrain. Tapi untuk master coursework kerajaan bagi bantuan RM10k untuk yang layak sahaja. Tapi bantuan ni akan dapat lewat sikit sebab kena sertakan sekali dengan offer letter universiti, pengesahan dari bendahari semua. So kena bersabar.

Bila dah start kerja. Ada banyak halangan yg membuatkan kita fikir seribu kali nak sambung master. Contohnya macam kite ni.. First year kerja memang asik kena travel sane sini sampai macam asik kena naik flight je. Sampai i tak terfikir pun nak apply master. Dan jugak halangan lain ialah bila kau kawan dengan orang yang dah jadi bos, dia sendiri dah ada master. Tapi die cakap buang masa je sambung master sebab tak guna pun untuk kerja. HAHA

So hati kena cekal. Kena tanya balik reason kau nak sambung belajar. Tahun ke-2 keje, lagi bertambah responsibility, scope, gaji dan semua bertambah. Menyebabkan kita terasa selesa dengan hidup sampai rasa master tak penting. Walau dalam hati ada niat. Hurmm

Nasihat: jangan tunggu sampai masa sesuai, comfortable untuk segala2nya baru sambung belajar. Sebabnya kalau kita nak tunggu masa tu sampai, semua orang dah habis doctorate baru kau nak isi borang. Haha. Tapi, still kena justify kenapa kita nak sambung master. Anggap lah pelajaran ni macam investment. Orang yg kaya raya, ramai je takde master and phd. So tepuk dada. 

Dan..lepas almost 5 tahun i kerja in total, baru i apply isi borang. I dah delay niat baik aku ni 2 tahun. Sebab aku terlalu busy, dan aku tunggu bos aku ready dan terima kenyataan yg aku akan sambung belajar. I dah decide yg aku cuma nak sambung master part time weekend class je. Reason? Sebab I memerlukan duit untuk hidup dan bayar yuran. TAPI, dugaan paling best ialah lepas kau sambung belajar. Heee

Ingat ye. Jangan tunggu. Kite baru je daftar bln sept 2015. Baru habis sem 1. Nak tau tak? Masa subject pertama kelas, dah dapat assignment dan jadual test dan final. Lifestyle memang tak sama dengan degree kalau buat part time weekend class. Masa degree dulu lepak je makan tido terlentang. Kini tidak lagi. 

Ade lah dalam 5 org drop kelas sebab tak tahan dan limitation dari segi keewangan dan masa. Macam i, bos cakap die akan bagi 1 hari rehat work from home. Tapi, I tak guna pun kelebihan tu sebab i nak rest bukan work from home. Hehe.. Kerja pulak makin banyak. Homework master cuma boleh sentuh lepas pukul11pm. Sebab before ni pun dah biasa stayback sampai malam kat office. 

Ramai yang stress. Tapi, kawan2 kelas yg banyak bagi moral support. Kerja isnin sampai jumaat. Sabtu dan ahad nak hadap kelas. Tambah pulak presentation, paperwork, group project. Abah kau banyak gila. Stress tersangat sebab takde life langsung. Kalau kerja kat office stress, aku rasa macam depress teramat-amatnya. Tambah pulak kena marah pasal benda tak reasonable, lagi lah nak mencarut. 

Mata memang lebam sepanjang 3 bulan ni. Rasa hati nak pegi kerja isnin tu memang berat rasa nak MC. Tapi apekan daya. No salary, no money, no master. Hahaha. So, kuatkan semangat. Rasanya takde benda yang mudah dalam hidup. So anggap semua ni macam treasure hunt.

Strong dari segi financial memang sangat membantu. So, jimatlah duit dan buang semua apps AirAsia, MAS, Lazada, groupon, dan lain2.. Haha

All the best. 

Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...