Saturday 28 October 2017

Melbourne Trip 2017 - Part 2

 Day-2. Weather memang perfect for me. Not too cold, and I can wear my denim jacket. Sepanjang trip ni, i paling suka second day. Early morning lepas breakfast kami pegi Puffing Billy. Dia sangat lah jauh dari Victoria. I ingat lagi i tidur dalam bas dengan sangat nyenyak! Kalau pegi dengan family, you boleh book ticket dekat website ni Website Puffing Billy

Ni i punya first experience naik train yg classic, then duduk macam budak nakal letak kaki kat luar. Scenery memang awesome cantik, and automatically i rasa nak pencen kat sini boleh? Tapi, i lupa. Mana lah tau ada wild bear ke. Scary!


Then kami turun, jalan kaki sikit pegi lunch. Kat area ni segala steak, meat related memang sedap dan fresh sebab area ni ada banyak ladang. So far dekat Melbourne kalau you mention nak makanan halal, diorang faham dan sentiasa ada option. Trust me, you takkan mati kelaparan.


Lepas lunch, pegi ladang haiwan. Actually i tak jakun sangat kalau pegi tengok haiwan sebab dah selalu pegi. So, i cari koala. Kalau you jenis yang sangat suka nak beli gift especially soft toys untuk kids, jiran, kawan-kawan ape smua, you boleh beli dekat sini. Kenapa? Sebab dekat sini lagi murah tapi high quality. Bulu soft toys kanggaroo nampak real. 

Cakap pasal soft toys kanggaroo ni, ada 2 jenis ye kawan-kawan. Satu jenis made in China - dia murah, tapi bulu dia pendek. Lagi satu made in Australia - kalau tengok harga nak nangis sebab nak spend RM 200 beli kanggaroo. Tapi.... sis sangat suka yang made in Australia tu sebab macam real kanggaroo! Sis salah strategy sebab fikir kat Sydney nanti mesti lagi banyak kanggaroo murah. Tapi, silap. Sini lagi murah.

Nampak sangat soft kan bulu dia
Next, witness cara-cara diorang togelkan bulu kambing. You know lah sis agak emosi kalau bab haiwan ni. Ape yang menarik bagi pendengaran telinga sis ialah job sebagai tanggalkan bulu biri-biri ni memang lumayan. Awesome! Dia bayar per hour. Tapi generally kat Australia ni kalau pekerjaan yang kena buat manual salary memang tinggi. Contoh: Buat jalan, kutip epal. Sebabtu kat sini foreign worker taknak balik. Ni la country yang offer high salary untuk manual job.
Bulu dah kena tanggal. Tak dapat nak interview diorang. Nak jugak tanya sejuk ke tak. 


Sis rasa tak tahan sedih tengok diorang bila bulu kena trim. One thing sebab haiwan tu takut sebab mesen tu bunyi kuat. Then, cara yang dia guna agak kasar jugak. Mungkin ada rasa sakit. So, lepas bulu dah kena potong, orang ni akan buat grading bulu tu.

Sample bulu biri-biri yang dah dipotong

Next, ktorang melawat anjing yang awesome. Antara cara nak kurangkan manpower kat ladang biri-biri ialah guna anjing. So, diorang train anjing ni supaya boleh hambat kambing ikut timing and instruction. Kelihatan anjing tu sangat bangga lepas dapat hambat sekumpulan kambing. Walaupun lepas keje tuan dia cuma pat pat kepala sambil cakap "good job" and bagi makan.

Shining kan badan anjing tu

Kambing ni panic lari sebab anjing tu dah marah suruh balik kandang

Next ktorang masuk Phillip Island nak tengok penguin balik rumah katanya. As usual i excited sebab macam cute nak tunggu penguin. Sebelum pegi tempat penguin, ada chocolate factory. Baru tau owner factory ni ialah Malaysian. Ahemmmm I am so proud. But, no extra discount for Malaysian. Dalam ni ada banyakkkk gila chocolate. Tapi, personally sis rasa chocolate Beryls macam lebih kurang sama rasa dia dengan chocolate kat sini. Apa maksudnya? Haha 

Cuma sis beli flavour yang macam tak brape banyak kat Malaysia macam chocolate masin, lagi satu ape tah lupa. And then, sis sangat smart. Penat jaga chocolate tu bawak pegi Sydney. Akhirnya chocolate tu cair teruk sebab sis jet lag tak larat tahan mata dan lupa ada chocolate dalam luggage. Lupa masuk peti ais. Malaysia kan panas. Haizzz


Masa tengok penguin tu, sis tak ambik gambar pun sebab dia cakap "Strictly no camera" and no flash sebab nanti penguin takut dan taknak balik rumah. Tapi, habis tengok penguin tak sangka pulak diorang ni ambik banyak gila gambar. Haha


Honestly i saaaangattttttttt suka Phillip Island ni. Satu hal sebab udara fresh. Then dia sejuk walaupun summer. Ada haiwan cute - Wallaby. Penguin pun ramai kat sini. I sanggup lah duduk lepak kat sini tak buat apa-apa sehari just tengok view. 


Tapi, tourist guide tu kata tempat ni agak keras. Ada hantu ikut dalam kereta balik keluar pulau. Sampai sekarang tak pasti dia bergurau ke true story. Dekat Phillip Island ni famous dengan Fish and Chips paling sedap katenye. Ada restaurant yang boleh request Halal Food. Dia serve sea food yang sangat sedap. Kalau boleh next time nak repeat lagi Phillip Island ni.




Sunday 22 October 2017

Melbourne Trip 2017: Part 1


My first trip to Melbourne, Australia (Feb, 2017). Actually ni company trip. Dekat Australia, Melbourne antara tempat yang ramai tourist selain Sydney, Perth. Naik AA and safely landed dekat airport. Ada 2 airport dekat Melbourne. Weather is good. Sepatutnye summer and few days before kami sampai katenye Sydney panas gila sampai 40 degree celcius. Phew, dengar pun tak larat. Experience dekat airport pretty interesting. Cornea scan, face detector, semua fail. So, Malaysian line up guna conventional method. Security sangat strict, kena declare semua drugs, tak boleh bawak masuk makanan. But, too bad just got to know that kalau festive cookies boleh bawa masuk.


First stop, pegi Victoria Market. Mula-mula i was like, oh pleasee nak beli ape dekat market. Tapi, ada kawan cakap ada makanan sedap kat situ. And immediately excited! Kawan suggest cari churros. Then Churros it is sebab i sangat lapa. Well you know lah camana sedap pun in-flight menu, potion sangat sikit and i laparrr.. Tak sempat ambik gamba Churros sedap sebab panas-panas makan terus ngapp dan habis. Hehe


Jumpa ada satu group Malaysian. Immediately bersembang kononnya walaupun i biasanya tak ramah pun. Diorang last day kat Melbourne, and i baru sampai. Victoria Market is the cheapest place to buy souvenir. So boleh beli key chain, fridge magnet, t-shirt and other normal stuff untuk gift. Sebab dah summer, so winter jacket dirt cheap murah gila. I tak beli sangat sebab malas nak heret luggage sebab i sambung pegi Sydney pulak.


Trying to find rare stuff, but I found that the most interesting thing for me was the vegetables. Its hugeee! But, how to cook? So, i ambik gamba je. And my friend ada relative yang ada jual vegetables kat situ dan diorang dah jadi Aussie citizen. Obviously, even wet market pun sangat bersih. Lantai tak basah. I like it!


Moving on jalan-jalan area Victoria. Ni St Paul's Cathedal Melbourne. Design dalam ni cantik, perasaan dia very peaceful masa masuk. Maybe sebab sejuk, dan ada orang main piano lagu best. Tak spend lama sangat dalam ni sebab agak rush so tak sempat nak baca every details. As usual tempat ni diorang guna utk wedding, baptism, funeral, weekend activity sekali.


Actually dalam ni sgt cantik dan luas. Just that iphone5s i hang pulak. So sad. Nasib baik bawak phone office Oppo.


Knowing me, i dont know anything about history and people. I tanya kawan, Hey, who is St Catherine? Call me noob, i seriously tak pernah dengar. I dont buy data plan in Melbourne. The famous word associated dengan Catherine is "mystic". Tapi ada something yang i tak faham katenye dia united with Jesus. So kat situ i stuck, and tak faham sangat associationnya..


Dekat je dgn St Paul's ada garden. Actually tak dekat sangat tapi naik bas jugak. Banyaknye bungaaaaaaaa... Tapi, seriouslah i dah letih sangat dan mengantuk. So tak ambik banyak sangat gambar walaupun sini cantik.


Rasanya macam bunga senang je nak hidup kat sini. Semua macam fresh, tumbuh merata. How cool kalau boleh replace semak samun blakang rumah dengan bunga.

View daripada tingkat 88

 Then pegi Eureka Skydeck 88. Naik lift 90 saat je rasanya dah sampai tingkat 88. Amazingggg... I dah tak ingat mana letak gambar lawa-lawa kat atas ni. Cost dalam $20 Aussie. Boleh post postcard kat atas tu, makan ice cream, minum coffee and enjoy view. Maybe next time kalau pegi nak try waktu malam.

Saturday 21 October 2017

Hiking Trip - Mount Kerinci, Indonesia (pre-abr trip)

Belakang tu Gunung Kerinci
Ni adhoc trip. It was like 1-2 weeks before ABR (Academic Business Reseach) submission for my MBA. Haha. Mase ni classmate tengah busy buat writing, ada submission, kelas. Tapi, me and my friend macam takde perasaan and we were like... Ok, let's go! So, both of us say good bye to UiTM, my work, classmate, group mate, supervisor, and we even skip 1 class on Sunday. Sorry Prof!

Pink shoes. So gegirl. Dia selamat naik dan turun sampai la sekarang.
Semua arrangement kawan i buat sebab ada kawan dia baru je balik daripada gunung ni. So, booking homestay dia settle. I ada facebook uncle yang bawak kitorang tu. Kat situ boleh tengok Homestay skali. Click here Rapani tu boleh communicate in english jugak.

Ni i punya first trip naik gunung lebih 2000 meter. So, sorry lah i still bimbo and tak tau nak prepare ape. Yang i tau, kena bawa diri and make sure naik sampai atas. But, basic stuff kena bawak selain baju ialah makanan nak survive masa nak naik gunung. I bawak dried apricot sebab i tak makan kurma dengan chocolate. But, no worries Rapani bawak apples, lunch pack nasi, and makanan untuk dinner and lunch for the next day. Ada porter tolong bawak tent, sleeping bag, and barang masak and rain coat.

Thanks to them bawakkan kami punye pink tent, sleeping bag, makanan, air. Beg diorang 20kg+
Me and my friend. Baru sikit je comot
Yeah, FYI both of us tak buat training. I just naik Bukit Gasing dekat PJ sekali 2 weeks before pegi (Tu pun pancit). I think my friend dapat naik Bukit Gasing 2x before pegi.

I tak ambik banyak sgt gambar masa check point 1 sebab smua pokok nampak sama. Kitorang start naik gunung dalam pukul 9.30am sampai 4.30pm baru sampai dekat base camp. In between beberapa kali jugak break minum air, makan apple, and lunch. Sampai kemah ktorang dinner and terus selamat tidur. Erm, btw angin sangat kuat and sebenarnya sangat sejuk. I pakai sleeping bag 2 layers. Dulu i pegi Turki dgn Tokyo temperature 12degree slambe pakai t-shirt je. Tapi, sini sejuk.

Pukul 3.30am diorang dah start kejut naik start hiking balik supaya sampai atas masa sun rise. Sebenarnya mengantuk lagi. I lupa yang i malam tak berapa nampak. Oh ya, btw jangan lupa bawa head lamp yang super bright. Sebab memang useful. I jatuh banyak kali sebab i tak boleh nak estimate distance. Sometimes i rasa kaki i boleh landed safely, tapi sebenarnye tak accurate. Haha

Amazing view
Track a bit more challenging sebab kena panjat akar kayu, masuk celah lubang ape smua. Cuaca sejuk, angin kuat and i dah start rasa short of breath. So, i go slow je ikut pace sendiri. At the same time, I banyak bermonolog dalaman tanya kenapa la i nak naik gunung penat-penat ni? Hahaha. Tapi, bila toleh belakang tengok view, Subhanallah..cantiknya!!! I dengan kawan taknak rush. Nak enjoy every moment, appreciate view (lagipun letih tak larat. haha). Solat subuh kat atas tu je dengan keadaan bersandar celah lubang dan tak fikir dah direction sebab tak stable sebab berpasir.


Ni first time dapat rasa awan tu sangat dekat selain masa duduk dalam flight. Mase tu dpt rasa macam diri kita ni kecik sangat. Naik kat atas tu macam dah tak ingat nyawa, Kalau nak ikutkan, kalau lah tergelincir boleh arwah, Before sampai puncak tu ada 2 kubur. Satu kubur just marker kalau tak silap sebab orang tu hilang. Lagi satu, orang tu meninggal. Sedih jugak tengok.

Sis berjaya sampai atas. Yeay!!
Sebenarnya i jenis yang takut ketinggian. Selalunya i sangat gayat. Nampak tak i sangat takut nak berdiri kat atas tu. I pandai naik je. Nak turun i takut gila. Hahahaha. Dari atas akan nampak bawah tu ada gunung berapi. Mata i rasa pedih sikit sebab ada sulfur kut. Ktorang spend time lama jugak kat atas tu. Tapi, sebab kurang lemak dan angin kuat, sejuk menggigil kat atas tu. So, kami turun la cepat-cepat. Lagipun lapar, rasa busuk tak mandi sehari setengah. Haha

Masa turun mulut ktorg kepoh sebab i baru tau kawan i pun jenis gayat jugak. Hahaha.. Turun agak bahaya jugak sebab pasir. Ktorg slide down pakai punggung dengan kasut je. Tak berani. Gayat. Then kaki i start injured kat ankle sebab jatuh banyak kali and on the way down tu hujan lebat gilaaa.. Dalam pukul 10am turun gunung pegi base camp makan lunch, and kemas kemah. Sampai homestay dalam almost 8pm. Ktorg tak berhenti pun. Walaupun i injured, i keep moving sebab i punya motivation ialah nak balik mandi and makan proper meal.

Dinner kat homestay. Yummy!! Sedap
I sangat suka menu yang diorang masak kat homestay. Pedas, sedap. Yums!! Esok pagi 5am ktorang dah bergerak ke airport sebab distance 5 jam lebih. Dalam van kami tidurrrrr tak sedar diri. And i suka feeling berjalan kaki sakit sebab injured sana sini, kaki lebam macam kena dera. Nak duduk bersila pun macam azab gila. 

Tell you what, masa on the way nak naik tu, supervisor research ktorang text cakap nak jumpa esoknya dekat school nak bincang pasal writing ktorang. Ktorang tangan menggigil nak reply text sebab takut nak reply kat supervisor yang ktorang tengah berjimba pegi hiking walaupun banyak benda tak siap lagi utk write up research. Soooo naughty!! But then, sampai je kat airport KL, ktorang makan, balik rumah, dan terus bergerak pegi group discussion untuk betulkan writing. Masetu nak jalan pun tak larat. Macam nak merangkak tapi segan pula. 

Tak sangka research tu boleh survive lagi. Actually i bawak laptop bukak kat homestay sebab keje i kat opis banyak gila. Congrats to me and my friend. Sebenarnya ada banyak funny incident behind this trip. Only me and her knows. lol


Monday 20 February 2017

Soalan berkenaan MBA. Walau dah muak, saya jawab

First of all, thanks to Allah and everyone especially my friends that always help me along the way.
Dah complete pun sem 3. Next week dah nak masuk semester 4. Yeay!😃

Diskesempatan ini, saya ingin menjawab soalan ringkas yang sering ditanya oleh rakan-rakan sebaya dan jugak yang tak sebaya pasal MBA. Kadang-kadang sakit jiwa juga nak menjawabnya. Tapi, ada jugak baiknya kalau tanya dari tak tahu kan?

Soalan1: Dapat naik gaji tak lepas dapat MBA
Well, depends pada company nak bagi increment atau pun tak. For me, no increment walaupun kau dapat PHD sebab company yg kerja sekarang akan bagi gaji ikut skill. So, kalau kau rasa lepas MBA skill kau akan bertambah dan melimpah-ruah, confirm kau akan naik gaji. Trust me!

Ada je company yang akan naikkan gaji lepas dapat MBA. 
But, sila lah fikir positive terutamanya kalau kau dah setuju nak sambung belajar MBA, apa motif kau yang sebenar? Nak naik gaji? Self-improvement? Mengejar title? Atau apa? Fikir baik-baik tau.

For me, I sambung MBA sebab sekarang ni involve dengan business related job walhal takde satu habuk pun knowledge pasal business. So, I decide untuk sambung.

Soalan 2: Ape kebaikan atau kesan lepas sambung MBA. Memang berguna ke MBA?
Ini antara kesan kepada diri ini lepas sambung MBA:

1. Pandai tunjuk hebat kat office dengan menggunakan ayat yang nampak genius contohnya "economic of scale concept", concept pricing (price skimming).
2. Kau akan faham lebih bila tengok TV yang berkaitan dengan isu economy dan bursa saham. Contohnya bila dia cakap pasaran ditutup rendah. Lepastu bila kau baca paper pasal segala bagai ratio pasal bursa, kau pun boleh senyum sorang-sorang sambil cakap "YES!!" finally aku faham benda ni.
3. Untuk golongan budak yang lari field macam aku bila bekerja, at least kau akan jadi master dalam bab buat SWOT, dan segala bagai marketing dan business analysis. Benda ni penting sebab akan membantu critical thinking.
4. Kite juga tak memerlukan banker atau orang sales untuk prepare berapa monthly payment nak kena bayar kalau buat loan rumah, dan lain-lain loan.
5. Juga, segala investment pun akan jadi diversified walaupun duit cuma beberapa sen. Tapi itu sangat penting.
6. Faham sikit-sikit pasal islamic concept dalam banking. Dan jugak terlerai persoalan kat kepala pasal mana datang income kalau semua bank apply islamic concept.
7. Faham pasal operation dan betapa detailnya keperluan nak jadi orang operation
8. Mungkin ada jugak orang yang takde basic account akan cakap faham apekah itu COGS. I dah adapt dengan segala terms tu sebab dah culture shock masa first year of working 😃

Soalan 3: Lepas MBA boleh jadi consultant ke?
Diri sendiri tak pasti. Cuma, bergantung pada field masing-masing. Contohnya, lepas MBA ada banyak room untuk develop diri sendiri dan ambik special certification. Contohnya untuk field marketing ada CIM, CIMA untuk accounting. Cert ni akan bantu kome untuk dapat sedikit title di hadapan nama bila nak apply job atau kalau dah lama dalam industry boleh la buat consultancy company yang related dengan field. Honestly lepas keje dalam field dah 4 tahun pun belum confident lagi nak jadi consultant. Tapi, kalau tak cuba sampai bila tak tau kan?

Soalan 4: MBA susah ke tak?
Takde benda yang senang dalam hidup. Kalau semuanya senang, maka semua orang ada MBA. Setiap orang akan experience challenge dan internal conflict dalam diri antara nak proceed atau tak. Especially yang belajar sambil kerja ni. Untuk orang yang dulu dari field biology ke, atau whatsoever yang tak related pun dengan business, maybe a little bit more challenging than others. Tapi, trust me yang maths engineering lebih susah dan nak lulus daripada MBA. It is all about hardwork. Untuk health related field, this is way easier than anatomy and physiology. To my ex-classmate and junior, come on.. Dosimetry lagi susah daripada benda ni. Just that you kena allocate sikit masa untuk study everyday kalau nak dapat 4 flat (Sebabtu aku tak 4 flat. Haha!)

Soalan 5: Hari-hari kena study ke?
Nak menjawab soalan ni agak susah. Sebenarnya kalau nak sekadar lulus dengan angkat topi campak ke langit tapi tak 4 flat macam aku,.. jawapannya ialah tak study hari-hari pun. Saya ialah sejenis yang last minute. Tapi, satu subject tu try tak ponteng lebih 2x sebab kelas pun weekend. Kalau ponteng kelas sekali ibarat ponteng seminggu tau! Selalunya akan gubra bila dah hari Jumaat sebab Sabtu ada kelas/test/presentation. Hehe. Ada beberapa kali yang duduk depan laptop tak toleh kiri kanan sebab tengah panic siapkan kerja. Well, itu semua sweet memories.

Soalan 6: Penat ke tak study
Ofcos la penat. Tido seharian pun letih. Apetah lagi study. Sebagai golongan stray cat macam saya, yang hidup dah sedia ada tak terurus sebab kerja. Dan saje bunuh diri sambung master. Memang la azab. Ketahuilah sejak sambung master badan rasa lesu sebab kita macam tak rest pun dalam seminggu. Tambah pulak sejenis yang kena kerja sampai lewat malam. Tapi, semua tu benda boleh settle kalau ada kemahuan.

Nanti kalau ada soalan lain akan saya tambah lain masa 😏
All the best kepada yang dah daftar MBA.
Your journey will begin soon.

Throwback Penang trip 2017 (Oct)

Trip Penang kali ni macam tiba-tiba je rasa nak pegi. So, lepas kerja terus gerak drive ke Penang. Sepanjang perjalanan hujan lebattttt gila...